Sunday 18 March 2012

Keluarga Al-Ariffi



February 1, 2012 
 


PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mengetuai senarai 279 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2012, hari ini.
Istiadat pengurniaan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama kepada beliau disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Melawati di sini.
Turut menerima SUMW ialah Yang Dipertua Persatuan Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Dr Abu Hassan Omar.
Lima penerima Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) membawa gelaran Datuk Seri ialah Presiden MIC, Datuk G Palanivel; Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ahmad Kabit; Pengerusi KUB Malaysia Berhad, Datuk Abdul Halim Abdul Samad; Ketua Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Michael Chong Ten Soo serta Timbalan Presiden Persatuan Bagi Orang-Orang Buta Malaysia, Datuk Mohamed Iqbal Kuppapitchai Rawther.
Selain itu, seramai 34 individu menerima Panglima Mahkota Wilayah (PMW) membawa gelaran Datuk iaitu Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen dan Radio, Media Prima Berhad, Shaharudin Abd Latif; Ketua Pengarang Media Kumpulan Karangkraf, Abdul Jalil Ali; Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Khir Mohamad Yusof; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Dr Lokman Hakim Sulaiman; Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dr Che Ab Rahim Nik; Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), K Selvarajah dan Setiausaha Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Hamidah Khalid.
Turut menerima PMW ialah Timbalan Gabenor Bank Negara, Nor Shamsiah Mohd Yunus; Pengarah Bahagian Sistem Maklumat dan Pengurusan Ketua Eksekutif (SMPKE), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Mohd Samsuri Mohd Sohot; Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zulkifli Ibrahim; Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Hasim Ismail; Ketua Unit Kawal Selia FELDA JPM, Dr Omar Salim; Juruiring Tentera Darat kepada Yang di-Pertuan Agong, Brig Jeneral Mohd Nizam Jaffar dan Juruiring Polis kepada Yang di-Pertuan Agong, Senior Asisten Komisioner Mastor Mohd Arif.